Monday, 11 May 2015

Bermain Dengan AliBaba: Borong Barang Dari China


Dalam post kali ni saya akan berikan tips2 dan pengalaman saya borong barang dari China untuk dijual di Malaysia tanpa perlu ke China.

Mungkin ada di antara anda yang pernah dengar tentang alibaba.com, tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu selok belok bernegotiate dengan dealer dari China ni. Oleh sebab alibaba.com ni membenarkan kita untuk borong barang dari China secara online, so memang banyak la orang yang nak scam pembeli ni. Ok, kita staright to the point je la saya ni bukan pandai sangat nak buat ayat bunga-bunga ni.

Sunday, 10 May 2015

Top 5 Cara Student Buat Duit


Pada abad ke 21 ni semua dah naik harga. Life kita sebagai seorang student tidak kira dari university swasta ataupun awam mesti melalui fasa kesempitan duit ketika belajar. Duit pinjaman PTPTN juga tidak mencukupi untuk bertahan hingga habis 1 sem. Kita sebagai student university yang kini selangkah lebih hampir ke alam dewasa mesti ada terlintas di fikiran untuk berdikari, mencari rezeki untuk diri sendiri kerana malu untuk minta duit poket daripada parents n at the same time tidak mahu menyusahkan mereka.  Dalam post kali ini saya akan menyenaraikan 10 cara buat duit khas untuk student di Malaysia.

1. Bisnes online
Social network seperti instagram dan facebook kini menjadi platform jual beli yg semakin trending di Malaysia malah di dunia. Kelebihan ini patut digunakan oleh student untuk menjual produk mereka. Dengan cara ini pelanggan tidak hanya tertumpu pada area kolej atau daerah berdekatan. anda kini boleh menarik perhatian seluruh Malaysia untuk membeli produk anda. Selain itu, anda juga boleh menjual produk dengan menggunakan platform seperti lelong.my dan mudah.com untuk menjual produk anda.

Friday, 8 May 2015

Hiperhidrosis? Apa tu?



Hiperhidrosis ialah satu keadaan/kondisi di mana seseorang yang menghadapi kondisi ini akan berpeluh secara luar biasa. Golongan yang menghidap penyakit tersebut bukanlah ramai dan jarang sekali kita lihat. Oleh itu, individu yang menghidap penyakit ini sering diejek, ditertawakan dan dijadikan bahan oleh rakan-rakan dan orang di sekelilingnya.