Friday, 8 May 2015

Hiperhidrosis? Apa tu?



Hiperhidrosis ialah satu keadaan/kondisi di mana seseorang yang menghadapi kondisi ini akan berpeluh secara luar biasa. Golongan yang menghidap penyakit tersebut bukanlah ramai dan jarang sekali kita lihat. Oleh itu, individu yang menghidap penyakit ini sering diejek, ditertawakan dan dijadikan bahan oleh rakan-rakan dan orang di sekelilingnya.


Berpeluh adalah sesuatu yang  perlu untuk mengawal suhu badan  semasa kita membuat aktiviti berat atau apabila berada dalam persekitaran yang panas. Ia merupakan tindak balas normal kepada kenaikan suhu atau keresahan. Peluh dikawal oleh sistem saraf simpatetik. Hanya kira-kira 1% daripada penduduk di muka bumi ini mengalami situasi ini, di mana kelenjar peluh menjadi sangat aktif sehingga menyebabkan mereka berpeluh pada masa-masa yang tidak sesuai, jauh melebihi jumlah yang perlu untuk mengekalkan suhu badan yang normal. Hiperhidrosis boleh berlaku pada anggota-anggota badan yang berbeza seperti tapak tangan, kaki, dahi, ketiak, dada, bahagian belakang badan dan anggota badan yang lain. Hiperhidrosis bermaksud 'peluh berlebihan’.dan ia memberi kesan yang sama kepada kedua-dua jantina samada lelaki ataupun perempuan.
Hiperhidrosis tidak bersifat sementara dan selalunya ia akan kekal pada individu tersebut. Ramai orang yang mengalami Hyperhidrosis telah menderita selama bertahun-tahun. Kebiasaanya, kondisi ini bermula dari zaman kanak-kanak atau kadang-kadang mulai ketara ketika meningkat remaja. Panas atau sejuk , individu yang menghidap penyakit ini boleh berpeluh secara ‘random’ dan kesan hiperhidrosis boleh menjadi teruk, contohnya, menyebabkan kelembapan dan mengotorkan pakaian, tangan melekit/berminyak  dan masalah bau kaki, tidak boleh mencengkam objek dengan kuat, tangan yang sejuk dan basah ketika bersalaman, kesukaran ketika menggunakan smartphone dan kesukaran berurusan dengan kertas dan logam. Individu yang menghidap penyakit ini sentiasa bimbang tentang kesan peluh pada pakaian mereka sehingga terpaksa  menggunakan pad penyerap peluh. Berpeluh berlebihan juga boleh menyebabkan keadaan kulit melecet dan menyakitkan. Kesan paling buruk Hyperhidrosis ialah boleh menyebabkan tekanan perasaan dan stress serta kemurungan. Hal ini berlaku kerana diskriminasi yang diberikan kepada golongan minority penghidap hyperhidrosis.

Secara kebiasaanya, individu yang mempunyai hyperhidrosis tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana mereka risau jika mereka berpeluh di khalayak ramai ketika memberi ucapan. Kadang kala, mereka jenis yang berani bercakap tetapi apabila mereka fikirkan kondisi hyperhidrosis yang dihadapi oleh mereka, individu ini terus hilang keyakinan diri dan akan sentiasa mengasingkan diri mereka serta mengelakkan pergaulan dan sentuhan. Lebih teruk lagi, ada diantara mereka yang malu untuk memegang tangan pasangan mereka kerana mempunyai tapak tangan basah. Hyperhidrosis tidak memudaratkan kesihatan seseorang itu tetapi hyperhidrosis memberikan kesan kepada kehidupan sosial, emosi, dan mental seseorang individu. Oleh itu, jika kita terlihat seseorang itu sedang berpeluh apabila berada di khalayak ramai, berpeluh pada cuaca yang sejuk, ataupun berpeluh pada sebahgian anggota badan, set in your mind that the person have hyperhidrosis iaitu penyakit yang bukan semua orang dapat dan bukan semua orang tahu iaitu hyperhidrosis. Berhenti menunjukkan rasa hairan atau stop giving them weird looks. Ingat, bukan semua orang dilahirkan sempurna dan ini semua ciptaan Tuhan. Kepada mereka yang sudah tahu, berikan sokongan anda kepada mereka yang menghidap hyperhidrosis.  

No comments:

Post a Comment